RESEPI BONDA : Kek Batik

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Kek Batik yang sangat mudah dan simple, kalau korang rajin google memang akan jumpa pelbagai variasi resepi kek batik biskut merry nie..ada yang rasa mocha, ada yang mix biskut Oreo..mcm2 ada...Tapi..bonda nak share resepi turun temurun dari keluarga bonda yang hasil dan rasanya sangat lah sedap..sampai kawan2 bonda semua suka..:) (perasan lah pulak hihihi)

Ok, ini bahan2 yang biasa bonda guna...:-

1) 1 Peket Biskut Merry 
2) 1 Cawan Serbuk koko (brand hershey's...kalau xde ape brand pun boleh..)
3) 1 Cawan Susu Pekat Manis
4) 3 Sudu Besar Milo
5) 1/2 Cawan Air
6) 1/2 Buku Butter ( Bonda suka guna Anchor)

Cara2 nak buat kek nie...

Campurkan kesemua bahan - bahan dari no (2) hingga bahan no (6). Masak hingga ssemua bahan sebati dan tidak berketul2....ingat!!!!..masak dengan api perlahan sahaja dan kene kacau2 tau...nnt hangit kalau dbiarkan...

Kalau dah nampak pekat dan sebati, masukkan biskut merry yang dah dipatah2kan menjadi 4...kacau hingga hingga sebati, tutup api...kemudian sambung kacau2 lagi...sampai adunan choclate rata di kesemua biskut.

Masukkan kedalam loyang atau tapeware..tekan2 kasi padat..Akhir sekali hiaskan dengan badam hancur..
Tadaaaaa....ni la hasilnya..:) Selamat menjamu mata...
Sedia untuk dimasukan kedalam peti sejuk.

Ok...bonda dh tak sabar nak makan...setengah jam je masuk peti lpastu terus potong and nyum2..with Harith..haaa..Harith pun pandai cakap ermmmm dapppp...Nak! Nak!..Nak!

SELAMAT MENCUBA!

INGINKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI DARIPADA VILLAVITABONDA?
Hubungi talian yang tertera.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163
COD Area : Subang U5, ShahAlam, Sungai Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara

Buasir : Petua & Tips

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Selain daripada masalah kesihatan lain semasa hamil, wanita hamil memang tidak boleh lari daripada masalah seperti buasir. Alangkah baiknya jika kita boleh elak dari terkena buasir..

Buasir terjadi bila kita sembelit & meneran dengan kuat semasa proses membuang air besar. Cara terbaik ialah dengan memastikan kita tidak sembelit supaya pembuangan air besar berjalan dengan lancar dan mudah.


Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.



Kalau tiada masa nak bersenam, macam bonda memang  takde masa,  anda mungkin boleh mencuba kaedah lain :

  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
Kalau ikut petua mak2 kita, bonda cadangkan guna Biji Manjakani, tahu tak macamana rupa dia.??

Caranya mudah sahaja, ambil biji manjakani gosokkan pada lesung atau parutkan, ambil serbuk dan sapukan pada buasir yg bengkak, InshaAllah ulang berberapa kali sebelum tidur, buasir akan kecut.

Dekat mana nak cari Biji Manjakani nie??...Cari dekat kedai2 india atau sensei...mesti ada.

Untuk Bonda pula, tak lupa amalkan supplement shaklee selain dari tips2 yang ada, sebab bonda rasa lagi mudah hanya makan setiap hari..:)

1) Ostematrix - Elak dari sembelit, Melembutkan najis.
2) Omega Guard - Mengecutkan bengkak buasir.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163
COD Area : Subang U5, ShahAlam, Sungai Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara.

 


 

Hadiah Hari Jadi.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi..harinie genap usia ku 30 tahun...Syukur masih diberi peluang bernafas dimuka bumi mu ini ya Allah.Syukur dberi kesihatan yg baik..Syukur daku telah menjadi Isteri kepada Mohd Hafiz Hanafiah, Syukur juga kerana telah menjadi Ibu kepada Arjuna2...Muhammad Harith dan Muhammad Harraz Rizqi. Syukur kau limpahi kebahagiaan , keberkatan dan penuh kasih sayang selama hampir 3tahun usia perkahwinan kami.

Haaa..bermadah pujangga bonda pagi nie...xdelah berpuitis sangat, bonda pun tak reti nak bermadah helah..Ehh..dah dhuha ngn alkahfi belum?...klu belum..mana yang ada kelapangan bolehlah buat sekejap ye..

Baca tak tittle harinie??..Hadiah Hari Jadi...nie yg bonda nak share hrnie...
Terima Kasih wahai Arjuna ku kerana menghadiahkan sebentuk CiNTa yg comel, sweet, simple but I'm love it <3


Hadiah ini tak ternilai rasanya kalau nak dbandingkan dengan jasa2 mu selama ini..Terima kasih wahai housemate ku, bff ku..kawan selalu gaduh ku..:p..jangan maraaaa naa lalink..nnt kene jual..hehe
Ohh ye..terima kasih jugak kek secret resepi tu..Sedappppp...:)

So harinie..genaplah usia ku 30tahun..SELAMAT HARI LAHIR ATIE.....:)

Terima kasih sahabat- sahabat yg beri wish hari ini...semoga kalian juga di beri kesihatan dan kberkatan dari Allah swt.

Anda Inginkan Supplement semulajadi, boleh terus hubungi bonda di talian yg tertera..ohh yee..Promosi November 2014...OMEGA SHAKLEE, jangan kedekut keluar duit utk reward kesihatan diri ye...:)

KEBAIKAN OMEGA SHAKLEE



Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163
COD Area : Subang U5, ShahAlam, Sungai Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara.



Beri Susu Perahan Menggunakan Cup (cup feeding)

Salam semua...Salam 1 Malaysia..

Bonda baru je sampai office..tiba-tiba teringatkn si kecil Muhammad Harraz Rizqi, masih tidur lagi kah..atau menangis mahu susu kah???...masih ingat tak cerita bonda tentang Rizqi tak nak minum susu Botol? ok...nie yang bonda nak share hari nie tentang pemberian susu perahan menggunakan cup..lebih mudah kita istilah kan sebagai cup feeding.

Ini adalah lebih mudah bagi mengantikan botol sekiranya bayi - bayi anda tidak mahu menggunakan botol susu. Sekurang-kurangnya bayi masih lagi mendapat khasiat susu dan tidak menahan lapar ketika anda semua pergi kerja.



Beberapa panduan ini mungkin boleh membantu ibu buat pertama kali:

1) Perhatikan cues baby dan tanda dia bersedia utk menyusu -isikan cawan kecil (sippy cup) dengan 1 oz susu perahan (EBM)
2) Bedungkan bayi dengan kain bedung utk mengelakkan tangan bayi bergerak dan terkena cawan.
3) Posisikan bayi pada posisi tegak (upright) dengan tangan di belakang leher bayi. Pastikan posisi selesa utk bayi.
4) Condongkan cawan ke bibir bayi dan biarkan bayi menjilat sendiri susu dengan lidahnya (seperti kucing menjilat susu – dont be offense, saya tak bermaksud samakan bayi dengan kucing – situasi nya lebih kurang begitu)
5) Pastikan bayi menelan susu perahan dan jangan sesekali tuang susu ke dalam mulut bayi.
6) Maintain posisi cawan walaupun bayi berhenti seketika dan bila bayi sudah kenyang, dia akan memusingkan kepalanya tanda dia sudah tidak mahu. Maka harus berhenti dan burp kan bayi anda.


 Walaupun jumlah oz yang Rizqi minum agak sikit berbanding DF...Rizqi tetap dapat khasiat susu ibu..tgklah dia yang berketak- ketak tu...:)

Walaubagaimanapun bonda tetap bersabar semasa beri Rizqi susu mnggunakan cup, yelahkan semuanya kene ambil masa. Jangan tergopoh gapah...bayi tidak mudah belajar tetapi lama kelamaan mereka akan pandai..so kita enjoy sahaja semasa beri anak- anak susu.

Pada siang hari bonda serahkan tugas kepada makodah untuk ajar Rizqi minum susu mnggunakan cup atau syringe (picagari) pula...Alhamdulillah..Makodah bukan jenis yang cepat melatah, bersyukur kerana makodah sangat memahami...:)



Harap dengan perkongsian bonda harinie dapat membantu ibu - ibu yang menghadapi masalahyang sama seperti bonda..

Tips dari SaraKids

ANDA INGINKAN VITAMIN SEMULAJADI AYUH HUBUNGI BONDA SEKARANG!!!

 BONDA Atie
SID SHAKLEE
0107628163
Area : Subang U5, Ara Damansara, Sg Buloh Sunway Damansara.



Rizqi tak nak minum susu guna botol

Masalah dan kerunsingan yang melanda kebanyakan para ibu termasuk saya.....Baby TAK NAK GUNA BOTOL????...memang pening dan sangat susah hati.

Beralih pada cerita rizqi yang tak nak menyusu guna botol, bila difikirkan mungkin salah saya sebab tak ajar rizqi sedari awal kelahirannya. Hanya selepas sebulan baru berjinak-jinak mengunakan botol yg paling murah.tp masa tu nenek dia yang bagi, susu tu pun habis dia minum.

Selepas je kami balik ke Subang, cabaran baru bermula bila rizqi dh taknak langsung minum susu guna botol walaupun guna botol mahal sama je...meronta-ronta nangis ....adoiii pening dah ibu fikir camne nanti kalau tinggal dengan mak odah. lg sebulan je lagi time tu nak masuk kerja. Rasa give up tu dah semamangya lepas je dia menagis2 mcm kene pukul, so bila dia nagis je bila bagi botol,  automatik rasa sedih , kesian dan terus je bagi df.haihhhhh.....xpe kot ada lg sebulan nak masuk kerja kita bg can dekat rizqi..:)

Time nie mula lah mengoogle botol susu mane yang sesuai, kot2 lah si rizqi nak minum pulak lepas nie..

Pilihan pertama haruslah NUK premium choice, sama macam abg Harith dulu.


 Hasilnya ibu hampa...mungkin sebab puting dia keras.lepas tu saya beli pulak Tommie Tippee

 Bukan kata nak hisap...masuk je mulut dtolak2nya dengan lidah...alahai anak...

Bila fikirkan taknak buang duit dan buang masa mengajar rizqi pakai botol, sy guna balik botol susu NUK td tapi tukar puting dia yang jenis latex.


kali nie..oklah sikit nak lah juga dia minum walaupun mula2 agak payah, tapi sy beri bila dia mula ada tanda - tanda lapar..sampai harinie walapun weekend saya tetap beri dia susu guna botol supaya dia tak lupa.

Blog Bonda
Atie
SID Shaklee area Subang U5, Sg Buloh, Ara Damansara
0107628163



8 Tanda-tanda Awal Bersalin

Assalamualaikum semua..
Salam Sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk saya menaip blog hari ini , im already 38week!!!..dan entry kali ini tentang tanda tanda bersalin, oleh kerana saya pun masih tak tahu bagaimana rasa sakit bersalin secara sendiri, ini sahaja yang saya dapat kongsikan hasil dari reseach Mr google sebelum saya sndiri alaminya.


----------------------------------------
8 Tanda-tanda Awal Bersalin

1.Sakit Belakang- Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak,kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas.Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.


2.Kontraksi rahim- Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda bersalin.Kontraksi adalah  rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda  akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.

Sekiranya sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara  teratur  pada jarak masa yang konsisten.

Jika kontraksi yang dialami berlaku setipa lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setipa kali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

3.Bloody show- Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj.Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi.Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.  Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

4.Pecah Ketuban- Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak.Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih  berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil  yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing.Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

5.Serviks terbuka- Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis.Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

6.Perut memulas- Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar.Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tanda umpamanya.

7.perut "turun"- Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

8.Kerap membuang air kecil- Apabila bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil. 

Saya doakan semua ibu ibu yang sedang menanti kelahiran cahayamata sentiasa selamat dan dpermudahkan urusan kelahiran..Ammeenn...Doakan saya juga ye...:)

Nak cari supplement Shaklee yang sememangnya halal boleh hubungi saya.


Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163
COD Area : Subang U5, ShahAlam, Sungai Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara, dan Rawang.

Tips Menyusu Di Bulan Puasa

Assalamualaikum
salam sejahtera...

Anda inginkan tips meyusukan di bulan puasa ini??


Dapatkan segera dari saya dengan percuma di setiap belian Set Penyusuan Shaklee. 

Pelbagai tips-tips menarik akan dikongsikan melalui EBOOK ini.
sudah pasti anda tidak akan menyesali memilikinya.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pesanan.

Nama Fb : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
ID shaklee : 1003021
SMS/Whatsapp : 0107628163
COD Area: Sbang U5, Shahalam, Sg Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara, dan Rawang.
Please view our fb Page for more information : VillaVitaBonda


Tips dan Rahsia Menyusu di Bulan Ramadan

Assalamualaikum Semua
Salam Sejahtera...




Sebagai seorang ibu pastinya risau sekiranya berpuasa production susu semakin berkurangan, Dengan ini ikuti tips dan persediaan di bulan Ramadan.

vJadual pemakanan teratur dan berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu diamalkan oleh ibu sepanjang masa terutama ketika berpuasa.

vAmalan bersahur menjadi kemestian bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ini kerana sekiranya ibu berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, ia boleh memungkinkan ibu mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan). Hipoglisemia ini dibahagikan kepada dua.

vRungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, berdebar-debar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah loya dan rasa loya-loya serta muntah-muntah.

vKategori rungutan kedua bersabit dengan berkurangan penggunaan glukos oleh otak, lama-kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah. Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang fokus, kekeliruan, mengantuk, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

vJusteru itu ibu yang baharu melahirkan anak perlu berdisiplin mengamalkan panduan berikut bagi mengelakan kemudaratan kepada diri sendiri dan anak.
* Melewatkan sahur
* Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum cukup air.
* Memerah susu di awal hari
* Berdoa
* Bertawakal

vIbu tetap boleh menyusukan seperti biasa selagi tidak mengalami dehidrasi. Oleh itu pengambilan cecair yang mencukupi pada sebelah malam dan waktu sahur perlu dilakukan bagi menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa. Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda dehidrasi yang teruk adalah seperti berikut :
* Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
* Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
* Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
* Terasa loya dan ingin muntah.
* Rasa menggigil.
* Berasa lemah dan sakit otot.
* Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

vUntuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, ambillah makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Sekurang-kurangnya dua liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.


14 Tip Bertenaga ketika berpuasa.


1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu.Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.
2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.
3. Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.
4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.
7. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
8. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.
10. Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.
11. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
12. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan.
13. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan sama ada menyusu terus bayi atau memerah susu.
14. Jika perlu, ambil supplement untuk badan sentiasa bertenaga, dan production susu sama malah lebih dari sebelum berpuasa.

Antara testimoni sebenar ibu menyusu yang mengamalkan ESP, Performan Drink dan Mealshakes dan SET MENYUSU.

Jemput baca ye..:)






JOM kita lihat pula video dari seorang ibu yang menyusukan anaknya selama 7 tahun di setiap ramadhan tanpa rasa letih sehingga waktu berbuka.
APA AGAKNYA RAHSIA BELIAU YE!!!.....

Alhamdulillah!!...menarik sungguh perkongsian Puan Salwa kan..Anda inginkan seperti beliau...???

"susu mencurah-curah walaupun berpuasa sepanjang hari"

Rebutlah peluang ini untuk mendapatkan kesihatan sepanjang ramadan dengan Shaklee, Boleh hubungi saya untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, anda juga layak menerima konsultasi secara percuma dari saya juga dapatkanTips Exclusive dari saya.

FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Sms/Whatsapp : 0107628163
Shaklee ID : 1003021
COD area : Subang U5, Shah Alam, Sg Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara, Puncak Alam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up