Tips dan Rahsia Menyusu di Bulan Ramadan

Assalamualaikum Semua
Salam Sejahtera...




Sebagai seorang ibu pastinya risau sekiranya berpuasa production susu semakin berkurangan, Dengan ini ikuti tips dan persediaan di bulan Ramadan.

vJadual pemakanan teratur dan berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu diamalkan oleh ibu sepanjang masa terutama ketika berpuasa.

vAmalan bersahur menjadi kemestian bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ini kerana sekiranya ibu berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, ia boleh memungkinkan ibu mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan). Hipoglisemia ini dibahagikan kepada dua.

vRungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, berdebar-debar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah loya dan rasa loya-loya serta muntah-muntah.

vKategori rungutan kedua bersabit dengan berkurangan penggunaan glukos oleh otak, lama-kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah. Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang fokus, kekeliruan, mengantuk, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

vJusteru itu ibu yang baharu melahirkan anak perlu berdisiplin mengamalkan panduan berikut bagi mengelakan kemudaratan kepada diri sendiri dan anak.
* Melewatkan sahur
* Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum cukup air.
* Memerah susu di awal hari
* Berdoa
* Bertawakal

vIbu tetap boleh menyusukan seperti biasa selagi tidak mengalami dehidrasi. Oleh itu pengambilan cecair yang mencukupi pada sebelah malam dan waktu sahur perlu dilakukan bagi menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa. Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda dehidrasi yang teruk adalah seperti berikut :
* Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
* Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
* Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
* Terasa loya dan ingin muntah.
* Rasa menggigil.
* Berasa lemah dan sakit otot.
* Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

vUntuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, ambillah makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Sekurang-kurangnya dua liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.


14 Tip Bertenaga ketika berpuasa.


1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu.Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.
2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.
3. Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.
4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.
7. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
8. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.
10. Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.
11. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
12. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan.
13. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan sama ada menyusu terus bayi atau memerah susu.
14. Jika perlu, ambil supplement untuk badan sentiasa bertenaga, dan production susu sama malah lebih dari sebelum berpuasa.

Antara testimoni sebenar ibu menyusu yang mengamalkan ESP, Performan Drink dan Mealshakes dan SET MENYUSU.

Jemput baca ye..:)






JOM kita lihat pula video dari seorang ibu yang menyusukan anaknya selama 7 tahun di setiap ramadhan tanpa rasa letih sehingga waktu berbuka.
APA AGAKNYA RAHSIA BELIAU YE!!!.....

Alhamdulillah!!...menarik sungguh perkongsian Puan Salwa kan..Anda inginkan seperti beliau...???

"susu mencurah-curah walaupun berpuasa sepanjang hari"

Rebutlah peluang ini untuk mendapatkan kesihatan sepanjang ramadan dengan Shaklee, Boleh hubungi saya untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, anda juga layak menerima konsultasi secara percuma dari saya juga dapatkanTips Exclusive dari saya.

FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Sms/Whatsapp : 0107628163
Shaklee ID : 1003021
COD area : Subang U5, Shah Alam, Sg Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara, Puncak Alam.


Bekalan Susu yang sedikit.

Assalamualaikum semua..
Salam Sejahtera.


"Bekalan Susu Yang Sedikit Untuk Bayi"

Apakah itu?

Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak. Apabila ibu-ibu ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan bagi jangka masa yang pendek, mereka memberikan sebab utama sebagai, "Saya fikirkan bekalan susu saya tidak mencukupi". Sebenarnya, menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi.

Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak. Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.

Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisien dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi.

Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu yang ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya.

Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya.

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:
mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
bayi anda kerap menggunakan putting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.

Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka.

Apakah yang perlu saya lakukan?

Pertama, jangan risau sangat tentang bekalan susu anda. Adalah perkara mudah bagi anda mengetahui sama ada bayi anda ada mendapat jumlah susu yang secukupnya atau tidak.

Penambahan berat badan adalah cara terbaik untuk menentukan sama ada bayi anda mendapat susu yang secukupnya. Bayi baru lahir selalunya mengalami penurunan berat kelahiran mereka antara lima hingga 10 peratus semasa beberapa hari pertama, tetapi selepas itu, bayi anda sepatutnya mula menambah berat badannya. Jika bayi ditimbang semula semasa berusia antara seminggu hingga 10 hari, anda akan dapati bahawa dia sudah mula membesar dan bertambah berat badan.

Jika anda menjawab ya bagi soalan-soalan berikut, ini bermakna bayi anda sudah mendapat susu badan yang secukupnya, justeru, anda menghasilkan susu yang mencukupi.
  • Adakah dia kencing lima hingga lapan kali sehari?
  • Adakah dia kelihatan sihat dan aktif?
  • Adakah najisnya berwarna kuning mustard? Najis bayi yang menyusu badan akan bertukar dari warna hijau pekat atau hitam pekat yang dikatakan mekonium, kepada warna kuning mustard pada hari kelima selepas kelahiran. Najis bayi anda: Apa yang normal dan apa yang tidak.


Bacalah artikel kami mengenai tanda-tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda mendapat susu secukupnya untuk maklumat lanjut.

Jika anda merasakan yang anda tidak menghasilkan susu secukupnya seperti yang anda (dan bayi) mahukan, ajarkan bayi anda cara melekap seberapa baik yang boleh. Nasihat khusus dari kaunselor penyusuan boleh anda dapatkan. Mintalah pakar ginekologi, guru antenatal atau doktor keluarga anda untuk mencadangkan kaunselor atau anda juga boleh merujuk sumber direktori organisasi penyusuan kami untuk nasihat.
Untuk meningkatkan bekalan susu anda:


Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan putting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.
Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu - ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu. Tetapi, tidak terdapat bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong penggunaannya. Begitu juga, betik muda dan sup ikan tidak pernah dibuktikan secara saintifik dapat menambah bekalan susu, namun begitu, generasi tua dan pengasuh pantang tradisional Cina (pui yuet) menaruh penuh kepercayaan kepadanya. Anda harus maklum bahawa kebanyakan ahli farmasi dan farmakologi akan menasihatkan anda supaya tidak menggunakan ubatan herba semasa kehamilan dan penyusuan.

Satu kumpulan ubat yang dinamakan antagonis dopamin menyebabkan kesan sampingan iaitu meningkatkan tahap prolaktin dalam darah, iaitu hormon yang berfungsi mencetuskan penghasilan susu dan mengekalkannya pada hari-hari awal. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat ini juga mempunyai kesan sampingan, yang berpotensi untuk menimbulkan masalah lain. Domperidone terkecuali dari ini, dan ianya boleh didapati melalui preskripsi. Kadang-kala, pakar penyusuan mencadangkan ubat ini untuk ibu-ibu jika cara lain untuk meningkatkan bekalan susu tidak menunjukkan kesan yang baik. Walau bagaimanapun, Domperidone bukan diluluskan untuk digunakan untuk tujuan ini dan tidak dinasihatkan sebagai rawatan dalam semua kes yang mana bekalan susu ibu dididapati rendah. Berbincanglah dengan kaunselor penyusuan atau doktor jika anda mahu memperolehi maklumat lanjut.

Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran, adalah baik jika anda mengejutkan bayi jika dia mengantuk dan menggalakkan dia untuk menyusu dengan lebih kerap. Ini akan merangsang buah dada anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jika bayi anda sukar untuk digerakkan atau tidak dapat menyusu dengan baik, cara untuk mengatasi ini ialah dengan memerah keluar susu anda dan menyuap bayi melalui cara lain (cawan, sudu atau botol); keperluan menyusu bayi dipenuhi dan pada masa yang sama ia akan merangsang peningkatan bekalan susu anda.

Walau bagaimanapun, pada hari-hari yang berikutnya, bayi yang penuh terma adalah lebih terjaga dan aktif. Jika bayi anda masih perlu dirangsang untuk menyusu, ini bermakna sama ada dia tidak dapat melekap dengan betul atau dia kurang sihat dan dengan itu, anda sepatutnya menghubungi doktor.

Sesetengah gangguan kesihatan juga boleh menyebabkan bekalan susu yang rendah:
tahap tiroid yang rendah (dan kadang-kala tinggi);
kehilangan jumlah darah yang banyak semasa bersalin atau selepas itu (bekalan susu anda akan terjejas sehingga anda sembuh);
komplikasi disebabkan sebahagian plasenta masih berada dalam rahim ini akan mengganggu penghasilan susu sehingga ia lepas keluar atau ditarik keluar;
ubatan (contohnya kombinasi pil pencegah kehamilan dan ubat selesema dengan dekongestan seperti pseudophedrine) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu.

Adakah ini menjejaskan bayi saya?

Ya, jika bayi anda sentiasa memerlukan susu lebih daripada apa yang diperolehinya, dia akan gagal untuk berkembang dengan sempurna. Hubungi doktor anda dan buatlah temu janji dengan segera jika berat badan bayi anda tidak bertambah atau didapati menurun. Selalunya memperbaiki teknik penyusuan ibu boleh menyelesaikan masalah ini, tetapi dalam sesetengah kes, penambahan berat badan yang perlahan adalah petanda masalah kesihatan.

Masihkah saya boleh menyusu?


Ya, terutama sekali jika anda sedang mengalami pengurangan bekalan susu buat sementara waktu. Sebenarnya, memastikan penyusuan yang efektif adalah cara yang paling baik untuk meningkatkan penghasilan susu. 

Supplement apakah yang sesuai untuk meningkatkan pengeluaran susu?
Atas cadangan Shaklee saya amat mengesyorkan Ibu menyusu mengambil Set Penyusuan Shaklee kerana ia sangat membantu.

Untuk maklumat lanjut atau pesanan Anda boleh terus hubungi saya.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
SMS/Whatsapp : 010 7628163
Shaklee Id : 1003021
COD area : Subang U5, ShahAlam, Sg Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara, Rawang




Penapis Air Get Clean® Water Pitcher Shaklee Mudah Di Bawa Kemana Sahaja.



MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

APAKAH KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR SHAKLEE?


SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


Secara ringkasnya disini penapis air Shaklee memang sangat compact dan mudah dibawa kemana sahaja.

Untuk pesanan dan maklumat lebih lanjut mengenai penapis air ini, anda di alu alukan terus menghubungi saya.

Nama Fb : Norhayati Ismail
Contact No : 010 7628163
ID no : 1003021
Email : yattisma@gmail.com
COD area: Subang U5, Shah Alam, Ara damansara, Sg Buloh, Sunway Damansara dan Rawang.

Tips Ibu Mengandung sentiasa cergas ketika dibulan Ramadhan.

Adakah Selamat Bagi Wanita yang Mengandung Berpuasa?

Ini adalah soalan yang sering diajukan oleh ibu yang sedang mengandung, Adakah ianya Selamat??

Menurut jawapan daripada pakar Dr Zubaidi dalam perubatan juga tidak menggalakkan berpuasa pada 3 bulan pertama ini kerana dikuatiri berlaku sebarang komplikasi kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Namun begitu, disaat menjelangnya Ramadan ini wanita - wanita mengandung tidak mahu melepaskan peluang untuk berpuasa penuh, Ulama juga mengatakan bahawa sekiranya ia tidak memudaratkan bayi dan wanita yang mengandung itu.

Oleh itu jangan lah kita mensia-siakan peluang yang Allah swt beri, hanya diri mereka sahaja yang mengetahui kekuatan diri mereka untuk berpuasa. Tetapi anda disarankan berjumpa dengan pakar kesihatan anda atau doktor sekiranya mengalami masalah.



Tips pemakanan ibu Hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.


Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.


Tips agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

  • Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  • Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  • Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  • Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  • Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  • Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  • Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  • Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  • Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Ibu menyusu

Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam.

Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.

Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu.

****Tetapi sekiranya Ibu menyusu ingin juga berpuasa tanpa menganggu production susu, Shaklee di sini ada menawarkan Set Berpuasa untuk semua golongan dari kanak-kanak sehingga dewasa serta juga sesuai utk ibu yang menyusukan.


Pastikan anda serta keluarga menikmati set lengkap ini agar dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih bersemangat dan bertenaga sepanjang hari..:)

Untuk maklumat lanjut serta pesanan boleh terus hubungi saya.
pm di fb :  Norhayati Ismail
Shaklee Independent Distributor (SID 1003021)
sms/ whatsapp : 010- 7628163
Cod area : Subang U5, Shah Alam, Sg Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara, Rawang

 **product-product ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 



Apakah itu Hernia?

HERNIA atau disebut juga sebagai angin pasang lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya. Hernia ialah suatu benjolan tidak normal bagi organ dalaman melalui pembukaan normal atau tidak normal. Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).



Bahagian hernia terdiri dari cincin, pundi (kantong) dan isi hernia itu sendiri. Isi hernia iaitu usus, ovarium dan jaringan penyangga usus (omentum). Bila ada bahagian yang lemah dari lapisan otot dinding perut, maka usus dapat keluar ke tempat yang tidak seharusnya, yakni boleh ke diafragma (sempadan antara perut dan dada), boleh juga di lipatan paha atau di pusat.

Biasanya hernia tidak menyebabkan sakit. Namun, akan terasa sakit bila isi hernia tersepit oleh cincin hernia. Infeksi akibat hernia menyebabkan penderita merasakan sakit yang hebat dan infeksi tersebut akhirnya menjalar dan meracuni seluruh tubuh. Jika sudah terjadi keadaan seperti itu, maka harus segera ditangani oleh doktor kerana dapat mengancam nyawa penderita.Hernia dapat terjadi pada semua umur, baik tua maupun muda. Pada kanak-kanak atau bayi, lebih sering disebabkan oleh kurang sempurnanya proses vaginalis untuk menutup seiring dengan turunnya testis atau buah zakar. Biasanya yang sering terkena hernia adalah bayi atau anak laki-laki. Pada orang dewasa, hernia terjadi kerana adanya tekanan yang tinggi dalam rongga perut dan kelemahan otot dinding perut kerana faktor usia.

Tekanan dalam perut yang meningkat adalah disebabkan oleh batuk yang kronik, susah buang air besar, adanya pembesaran prostat pada lelaki, serta orang yang sering mengangkat barang-barang berat. Penyakit hernia akan meningkat sesuai dengan penambahan umur. Hal tersebut dapat disebabkan oleh lemahnya jaringan penyangga usus atau kerana adanya penyakit yang menyebabkan tekanan di dalam perut meningkat.



Mungkin ramai di kalangan masyarakat yang tahu tentang gejala awal penyakit hernia, namun seringkali tidak menyedarinya. Pada awalnya, gejala yang dirasakan oleh penderita adalah berupa keluhan benjolan di lipatan paha. Biasanya akan timbul bila berdiri, batuk, bersin, meneran atau mengangkat barang-barang berat. Benjolan dan keluhan sakit itu akan hilang bila penderita berbaring.

Hernia akan berbahaya jika sudah terjadi sepitan isi hernia oleh cincin hernia. Pembuluh darah di daerah tersebut lama-kelamaan akan mati dan akan terjadi penimbunan racun. Jika terus dibiarkan, maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh daerah perut sehingga boleh menyebabkan terjadinya infeksi (jangkitan) di dalam tubuh.

Sebenarnya tidak semua hernia harus dilakukan pembedahan. Bila jaringan hernia masih dapat dimasukkan kembali, maka tindakannya adalah hanya menggunakan penyangga (penyokong) atau korset untuk mempertahankan isi hernia yang telah teralih kedudukannya kepapa asal. Pada anak-anak atau bayi, reposisi spontan dapat terjadi kerana cincin hernia pada anak lebih kenyal (elastik). Bila sudah tidak dapat diperbetulkan balik kedudukannya, maka satu-satunya tindakan yang harus dilakukan adalah melalui pembedahan.

Punca Hernia

Berdasarkan penyebab terjadinya, hernia dapat di kategorikan seperti berikut :

1. Faktor baka atau hernia bawaan (congenital) dan hernia dapatan (akuisita).

2. Faktor menurut posisinya, hernia boleh dibezakan menjadi hernia inguinal, umbilical, femoral, diafragma dan masih banyak lagi nama lainnya.

Jenis-jenis atau peringkat hernia

1. Boleh dikurangkan – Kandungan hernia boleh ditolak masuk ke dalam.
2. Tidak boleh dikurangkan – Pembengkakan tidak boleh dikurangkan walaupun diberi tekanan menggunakan tangan.
3. Halangan – Sekunder kepada irreducibility dan edema, pesakit mungkin mengalami halangan pada bahagian usus. Dalam kes sebegini, pesakit akan mengalami rasa kembung pada abdomen, muntah dan sembelit. Ini merupakan pembedahan kecemasan.
4. Penjerutan – Sekiranya bekalan darah pada kandungan dalam pundi hernia dipotong, kandungan itu akan mati kerana tiada bekalan darah. Ini merupakan suatu kecemasan dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak dibedah awal.
5. Keradangan hernia – Apabila kandungan pada pundi hernia mendapat jangkitan, ini dinamakan keradangan hernia. Ini berkemungkinan berlaku sekiranya hernia mengandungi apendiks yang radang. Ini juga memerlukan rawatan pembedahan kecemasan.

Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.

Simptom-simptom Hernia

Simptom yang biasa bagi hernia adalah pembengkakan yang tidak sakit pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan dan apabila hernia bertambah besar, kesakitan mula dirasai.

Lama-kelamaan, fator jangkamasa lama yang diambil untuk berdiri atau berjalan akan berasa tidak selesa. Pembengkakan akan meningkat dari segi saiz dan menonjol apabila batuk atau peregangan.

Biasanya pembengkakan boleh ditolak menggunakan tangan ke dalam rongga abdomen, tetapi apabila hernia bertambah besar, ini tidak mungkin boleh dilakukan lagi.

Faktor-faktor yang menyebabkan hernia adalah:

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.
2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit. Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.
3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.
4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital).

Cara Rawatan:

Selain daripada umbilical hernia yang kecil, bagi semua jenis hernia yang lain hanya terdapat satu rawatan iaitu pembedahan. Sama ada hernia akan menjadi berkurangan / halangan atau penjerutan, ini bergantung kepada saiz leher pada pundi hernia dan tidak bergantung kepada saiz hernia. Semakin sempit leher, kebarangkalian mendapat komplikasi adalah lebih tinggi.
Adalah dinasihatkan supaya tidak meletakkan syiling, tali pinggang dan lain-lain ikatan pada hernia kerana ini akan mengakibatkan hakisan pada kulit dan kebarangkalian mendapat halangan akan meningkat.

Masa untuk pembedahan:

Bagi kes umbilical hernia yang kecil (berlaku pada kelahiran), boleh menunggu sehingga umur antara tiga hingga empat tahun bagi ia menutup secara semula jadi. Kesemua hernia yang lain pula seelok-eloknya dibedah secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian semula komplikasi.

Sumber dari : http://wannuraterapi.wordpress.com/2012/11/04/hernia-jenis-penyebab-dan-cara-rawatan/

~SEMOGA MUHAMMAD HARITH ANAK IBU CEPAT SEMBUH~



Sekarang waktu di hospital menunjukkan jam 8.45am.... Sempat Saya kongsikan serba sedikit tentang penyakit Hernia dan rawatannya. Semoga parent di luar sana dapat membacanya dan alert tentang penyakit ini.

Dan berharap anakanda ibu Muhammad Harith sembuh..Keputusan untuk jalankan operation atau tidak masih blm di putuskan..

Semoga dipermudahkaan segala urusan kami sekeluarga..

Villavitabonda : Atie

posted from Bloggeroid

Keistimewaan Vita E Complex Shaklee

Adakah anda yakin setiap hari diet anda dilengkapi dengan Vitamin E?


Sumber Makanan Yang Mengandungi Vitamin E
<3 Avokado
<3 Biji Bunga Matahari
<3 Kacang Soya
<3 Buah Zaitun
<3 Badam
<3 Labu
<3 Kacang Buncis
<3 Ubi Keledek
<3 Sayuran Hijau
<3 Minyak Sayuran, Minyak Zaitun, Minyak Jagung dan Minyak Matahari.

Untuk memastikan diet anda lengkap dgn makanan - makanan seperti di atas Shaklee telah mengeluarkan supplement yang mudah untuk anda semua iaitu Vita E Complex.

Inilah istimewanya Vita-E Complex keluaran SHAKLEE. Mengandungi Vitamin E semulajadi
bersama-sama Selenium.  

Antara fungsi Vita-E Complex adalah:

<3 Memelihara kesihatan kulit, melambatkan proses penuaan
<3 Antioksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan  penyakit kardiovaskular
<3 Bersifat anti-imflammatory
<3 Bersifat diuretic, mengurangkan tekanan darah tinggi
<3 Mengurangkan risiko penyakit katarak
<3 Membantu kesuburan lelaki dan wanita
<3 Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
<3 Mengurangkan risiko keguguran bagi ibu2 yang mengandung
<3 Menyokong fungsi penghantaran oksigen ke seluruh badan bagi meningkatkan stamina
<3 Bekerjasama dengan Vitamin A untuk melindungi paru2 daripada pencemaran udara
<3 Mengurangkan risiko masalah jantung dan strok
<3 Mengelakkan / mengurangkan masalah darah beku.

Siapa Yang Memerlukan Vita E Complex Shaklee?
* Lelai dan Wanita 
* Nak Awet Muda
* Dingin Melakukan hubungan Intim ( Suami Isteri Sahaja)
* Sukar Hamil
* DLL

Hadiahkan lah Vita E Complex Shaklee untuk kulit anda sebagai tanda penghargaan.


Untuk persanan dan maklumat lanjut mengenai Vita E atau supplement lain boleh terus hubungi saya, Anda juga akan diberi konsultasi secara percuma.

Email:yattisma@gmail.com
Tel : 010 7628163
Id : 1003021
COD area : Subang U5, Shahalam, Ara Damansara, Sg Buloh, Sunway Damansara dan Rawang

**product-product ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Info Tambahan : - Kebanyakan Lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang kurangnya seminggu sekali, akan mempunyai extra tenaga dan lebih menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala Wanita yang mengamalkannya selama 3 bulan, dapat meningkatkan "Sexual Desires" dan lebih menikmati hubungan Cinta dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang didalam Vitamin E bertindang sebagai penghalang terhasinya radikal bebas akibat tekanan. Nitrik Oksida membantu melancarkan darah di alat sulit Lelaki dan membantu eraksi lebih baik.Maka Vitamin E telak terbukti membantu Lelaki terutama yang mengalami masalah tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.





Vita E Complex Pilihan Promo Shaklee Jun 2014

Alhamdulillah, Shaklee memilih VITA E Complex untuk promo bulanan pada June 2014 ini.
dengan Belian 6 botol Percuma 1 botol serta Free Membership..Free Membership??? Menarik bukan promo kali ini.


Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu akan manfaat serta kebaikan Vita E complex Shaklee ini, secara ringkasnya di sini, saya akan point kan satu persatu manfaat nya.

Manfaat Utama Vita E Complex Shaklee
** Melindungi jantung
** Mempertingkatkan kemampuan reproduktif Sperm
** Anti Penuaan
** Anti Oksidan yang kuat
** Kelestarian tenaga
** Memperbaiki arthritis

Ini secara ringkasnya sahaja, yang selebihnya akan saya entrykan kemudian dan yang pastinya Vita E shaklee nie memang product yang sangat HOT, lebih lebih lagi di kalangan orang yang inginkan kulit yang sihat dan cantik.

Untuk Sebarang tempahan dan belian promo ini anda boleh hubungi saya terus dia talian seperti dibawah. Anda akan diberi konsultasi secara percuma.

Email:yattisma@gmail.com
Tel : 010 7628163
Id : 1003021
COD area : Subang U5, Shahalam, Ara Damansara, Sg Buloh, Sunway Damansara dan Rawang

**product-product ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up