RESEPI BONDA : Kek Batik

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Kek Batik yang sangat mudah dan simple, kalau korang rajin google memang akan jumpa pelbagai variasi resepi kek batik biskut merry nie..ada yang rasa mocha, ada yang mix biskut Oreo..mcm2 ada...Tapi..bonda nak share resepi turun temurun dari keluarga bonda yang hasil dan rasanya sangat lah sedap..sampai kawan2 bonda semua suka..:) (perasan lah pulak hihihi)

Ok, ini bahan2 yang biasa bonda guna...:-

1) 1 Peket Biskut Merry 
2) 1 Cawan Serbuk koko (brand hershey's...kalau xde ape brand pun boleh..)
3) 1 Cawan Susu Pekat Manis
4) 3 Sudu Besar Milo
5) 1/2 Cawan Air
6) 1/2 Buku Butter ( Bonda suka guna Anchor)

Cara2 nak buat kek nie...

Campurkan kesemua bahan - bahan dari no (2) hingga bahan no (6). Masak hingga ssemua bahan sebati dan tidak berketul2....ingat!!!!..masak dengan api perlahan sahaja dan kene kacau2 tau...nnt hangit kalau dbiarkan...

Kalau dah nampak pekat dan sebati, masukkan biskut merry yang dah dipatah2kan menjadi 4...kacau hingga hingga sebati, tutup api...kemudian sambung kacau2 lagi...sampai adunan choclate rata di kesemua biskut.

Masukkan kedalam loyang atau tapeware..tekan2 kasi padat..Akhir sekali hiaskan dengan badam hancur..
Tadaaaaa....ni la hasilnya..:) Selamat menjamu mata...
Sedia untuk dimasukan kedalam peti sejuk.

Ok...bonda dh tak sabar nak makan...setengah jam je masuk peti lpastu terus potong and nyum2..with Harith..haaa..Harith pun pandai cakap ermmmm dapppp...Nak! Nak!..Nak!

SELAMAT MENCUBA!

INGINKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI DARIPADA VILLAVITABONDA?
Hubungi talian yang tertera.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163
COD Area : Subang U5, ShahAlam, Sungai Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara

Buasir : Petua & Tips

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Selain daripada masalah kesihatan lain semasa hamil, wanita hamil memang tidak boleh lari daripada masalah seperti buasir. Alangkah baiknya jika kita boleh elak dari terkena buasir..

Buasir terjadi bila kita sembelit & meneran dengan kuat semasa proses membuang air besar. Cara terbaik ialah dengan memastikan kita tidak sembelit supaya pembuangan air besar berjalan dengan lancar dan mudah.


Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.



Kalau tiada masa nak bersenam, macam bonda memang  takde masa,  anda mungkin boleh mencuba kaedah lain :

  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
Kalau ikut petua mak2 kita, bonda cadangkan guna Biji Manjakani, tahu tak macamana rupa dia.??

Caranya mudah sahaja, ambil biji manjakani gosokkan pada lesung atau parutkan, ambil serbuk dan sapukan pada buasir yg bengkak, InshaAllah ulang berberapa kali sebelum tidur, buasir akan kecut.

Dekat mana nak cari Biji Manjakani nie??...Cari dekat kedai2 india atau sensei...mesti ada.

Untuk Bonda pula, tak lupa amalkan supplement shaklee selain dari tips2 yang ada, sebab bonda rasa lagi mudah hanya makan setiap hari..:)

1) Ostematrix - Elak dari sembelit, Melembutkan najis.
2) Omega Guard - Mengecutkan bengkak buasir.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163
COD Area : Subang U5, ShahAlam, Sungai Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara.

 


 

Hadiah Hari Jadi.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi..harinie genap usia ku 30 tahun...Syukur masih diberi peluang bernafas dimuka bumi mu ini ya Allah.Syukur dberi kesihatan yg baik..Syukur daku telah menjadi Isteri kepada Mohd Hafiz Hanafiah, Syukur juga kerana telah menjadi Ibu kepada Arjuna2...Muhammad Harith dan Muhammad Harraz Rizqi. Syukur kau limpahi kebahagiaan , keberkatan dan penuh kasih sayang selama hampir 3tahun usia perkahwinan kami.

Haaa..bermadah pujangga bonda pagi nie...xdelah berpuitis sangat, bonda pun tak reti nak bermadah helah..Ehh..dah dhuha ngn alkahfi belum?...klu belum..mana yang ada kelapangan bolehlah buat sekejap ye..

Baca tak tittle harinie??..Hadiah Hari Jadi...nie yg bonda nak share hrnie...
Terima Kasih wahai Arjuna ku kerana menghadiahkan sebentuk CiNTa yg comel, sweet, simple but I'm love it <3


Hadiah ini tak ternilai rasanya kalau nak dbandingkan dengan jasa2 mu selama ini..Terima kasih wahai housemate ku, bff ku..kawan selalu gaduh ku..:p..jangan maraaaa naa lalink..nnt kene jual..hehe
Ohh ye..terima kasih jugak kek secret resepi tu..Sedappppp...:)

So harinie..genaplah usia ku 30tahun..SELAMAT HARI LAHIR ATIE.....:)

Terima kasih sahabat- sahabat yg beri wish hari ini...semoga kalian juga di beri kesihatan dan kberkatan dari Allah swt.

Anda Inginkan Supplement semulajadi, boleh terus hubungi bonda di talian yg tertera..ohh yee..Promosi November 2014...OMEGA SHAKLEE, jangan kedekut keluar duit utk reward kesihatan diri ye...:)

KEBAIKAN OMEGA SHAKLEE



Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163
COD Area : Subang U5, ShahAlam, Sungai Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up