Project Art Busy Book Part 2 Complete

Assalamualaikum semua....

Sambungan dari project art part 1. Harini Saya nak kongsikan busy book yang dah pun siap.

Sebenarnya dah lama siap, anak sy si abam harith sangat enjoy play and learn Dari busy book hasil tangan Ibu dia.



Antara aktiviti-aktiviti yang sy buat semuanya yang mudah dan sesuai dengan kemahiran abam harith.
1. 123 manik2.
2. 123 kelopak bunga
3. Warna Dan bentuk
4. Puzzle blok
5. Ikat tali Kasut
6. Petik buah epal dan carrot
7. Sidai baju..( practice tangan guna sepit)
8. Jam





Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti2 yang lebih menarik untuk kanak-kanak lebih seronok dan explore ketika melakukan aktiviti tersebut.

Ibu-ibu yang nak Cuba boleh Google sahaja.

Jom share dengan sy busy book ibu-ibu..boleh tukar2 idea lepasni..

villavitabonda.blogspot.com

posted from Bloggeroid

Project art busy book part 1

Assalamualaikum semua...

Sebelum saya mula bercerita panjang tentang project art sy. Terima Kasih kepada sahabat baik sy Rina sebab sudi kenalkan sy dgn homeschooling ni. Sy sangat2 menghargainya.

Dah menjadi fenomena skg ni, semua ibu2 masing- masung excited nak buat busy book khas utk anak-anak syurga mereka, tak terkecuali sy juga sama.

Tapi korang tau ke Apa BUSY BOOK tu?

Busy book atau quite book adalah nama yg sama tujuan adalah untuk kanak-kanak leka dengan aktiviti - aktiviti di setiap helaian buku.

Di negara barat busy book sangat sinonim untuk membuat kanak- kanak lebih
mem'busy'kan diri.

Bukan itu sahaja malah busy book mampu menguatkan tahap (fine motor skills) kanak-kanak Dan mampu menjana perkembangan minda kanak-kanak.


Nak tengok busy book yang sy buat??



Haaa...ini baru part 1...belum siap lg tapi sy dh excited sangat2.

Rasa tak sabar nak share dengan ibu2 Kat luar Sana.



Sekian saja untuk kalini, ibu2 punya busy book macamana pula.

Jom kongsikan dengan sy...boleh tukar- tukar idea.

villavitabonda.blogspot.com

posted from Bloggeroid

Atasi Masalah Kejang Kaki Semasa Hamil

Assalamualaikum Semua....

Kejang Oh Kejang!!


Kekejangan kaki adalah masalah biasa semasa hamil. Ia sering berlaku dalam trimester kedua dan ketiga.

Kekejangan boleh berlaku kerana asid berkumpul dalam serat otot lalu menyebabkan otot menjadi kejang. Kebiasaanya di bahagian betis.

Ini memang sangat menjengkelkan jika ia berlaku pada waktu malam, walaupun kadang kala kesakitan berlanjutan selama beberapa minit, ia tidak akan merosakkan otot.

Punca sebenar kenapa ibu hamil sering alami kekejangan adalah kerana kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah.

Malahan rahim yang semakin membesar turut memberi tekanan kepada salur darah besar kaki lalu memberi kesan kepada otot kaki anda.

Oleh itu, ibu hamil sangat digalakkan mengambil Ostematrix yang mengandungi kalsium, magnasium dan vitamin D, Setiap 1 biji daripadanya mengandungi 250mg kalsium.

Ketiga-tiganya sangat penting dan baik untuk menguatkan tulang, merangsang penyerapan kalsium, baik untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi serta pembentukan tulang bayi.

Pertumbuhan bayi akan terjejas serta penyusutan jisim tulang akan menyebabkan ibu mengalami kerosakan gigi apabila kalsium berkurangan di dalam badan ibu.

Ini menyebabkan ibu terdedah kepada risiko osteoporosis di usia tua. Itu sebab kejang kaki sering berlaku kerana kekurangan kalsium dan magnesium.

Whatsapp saya untuk membuat sebarang belian.
Atie 0107628163

Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam

Assalamualaikum..



Kulit yang licin, gebu serta paras rupa yang menarik sahaja tidak memadai sekiranya kecantikan dalaman tidak diambil peduli.

Terutamanya bagi bakal-bakal pengantin. Pasti inginkan kecantikan luar dan dalaman. Betul tak?

Apakah Punca Ketiak Menjadi Hitam?

MENCUKUR
Apabila anda gemar membuang bulu ketiak dengan kaedah mencukur, ianya boleh mendatangkan bahaya.
Ini kerana ia boleh mengakibatkan luka-luka kecil selain membesarkan liang roma.
Teknik mencabut cuga turut mengakibatkan kulit dibahagian ketiak menjadi kehitaman. Ini disebabkan masalah iritasi atau kegatalan berlaku.

MASALAH HORMON
Keadaan ini biasanya keatas mereka yang mempunyai kulit yang sensetif.
Sebagai contoh penggunaan deodoran yang mengandungi alkohol yang tinggi sehingga berlakunya masalah iritasi yang akhirnya mengakibatkan terjadinya hiperpigmentasi.

Sebenarnya ada beberapa cara dan langkah bagi mengelakkan noda-noda hitam dibahagian ketiak

Bergantung kepada budget serta kerajinan anda untuk kelihatan cantik.

Antara cara dan kaedahnya :-

Akupuntur
Hormon yang tidak seimbang antara penyebab kulit dibahagian tertentu menjadi kehitaman.
Rawatan ini berfungsi untuk menyeimbangkan kembali hormon.
Ia turut membantu mengurangkan proses pembentukan pigmentasi dan melancarkan darah serta kulit menjadi lebih cerah.

Mesotheraphy
Sejenis suntikan dos kecil yang mengandungi vitamin C,(mencerahkan kulit) glutathione (mengurangkan proses pembentukan melanin), serta procaine (mengurangkan rasa sakit).
Sebaiknya berbincanglah dengan pakar anda terutamanya tentang kesihatan yang dikuatiri berlaku komplikasi berbahaya sewaktu rawatan.

Lulur
Lakukan lulur sendiri dirumah.ini pasti cara yang paling murah dan jimat.
Anda boleh mengunakan bahan semulajadi seperti buah nanas dan betik muda yang diparut. Enzim dan asid yang terkandung dalam buah tersebut dapat membantu mempercepatkan proses penggelupasan sel kulit mati.
Yogurt juga baik untuk membuang sel-sel kulit mati.

Makan Supplement
Pengambilan Supplement juga adalah altenatif yang sangat mudah, terdapat pelbagai jenis supplement yang terdapat dipasaran sekarang.
Namun sangat disarankan kepada anda agar mengambil vitamin c dan juga Esp sebagai sumber pencerahan dari dalaman hingga ia dapat menghasilkan kesan yang cerah semulajadi.

Ada juga cara serta petua-petua lama yang boleh anda ikuti. Seperti mengunakan limau purut dan kapur sireh.

Apa cara sekali pun yang anda ingin cuba pastikan ianya selamat dan tanpa membuat anda sakit.

Selamat mencuba!

posted from Bloggeroid

Apakah Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil?

Assalamualaikum....


Pasti ramai ibu yang hamil  mahu kan kepastian tentang khasiat susu soya kan? Adakah ianya selamat diambil? dan yang paling penting Apakah Khasiat Susu Soya untuk Ibu-ibu yang sedang Hamil?

Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber yang sangat penting untuk pertumbuhan janin serta kesihatan ibu itu sendiri.

Antara khasiat yang terkandung adalah Protein dan juga vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk pertumbuhan sel-sel baru. Pertumbuhan sel baru pada janin sudah sebahagian dari proses perkembangannya.

Manakala vitamin B pula, khususnya B6 yang diperlukan oleh janin untuk membentuk saluran penghantar isyarat melalui otak ke sistem saraf neurotransmitter.

Bagi ibu pula vitamin B dapat mengurangkan bahkan dapat mencegah masalah morning sickness di awal kehamilan.

Antara Khasiat Susu Soya?

  • Susu Soya memiliki sejumlah zat besi yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh sepanjang kehamilan
  • Boleh menjadi sumber protein kepada ibu hamil yang vegetarian.
  • Tidak mempunyai Lactosa.
  • Mempunyai Isoflavon yang tinggi- khasiat ini merupakan fitoestrogen yang boleh mambantu menurunkan kadar kolestrol 
  • Kaya dengan Kalsium bagi membina tulang dan gigi yang kuat, pembetukan otot, jantung , sistem saraf serta pelbagai aktiviti enzim. 

Ini menjadi keperluan yang sangat penting untuk ibu hamil. 

Oleh itu,  Susu soya merupakan makanan yang mempunyai Protein yang baik untuk ibu hamil. Sebagai altenatif lain ibu-ibu juga boleh mendapatkan sumber Protein yang berkualiti serta bermutu tinggi daripada ESP Shaklee.

Ia mempunyai kelebihan serta keunikan yang tersendiri yang membuatkan ESP Shaklee adalah sumber protein yang terbaik.

Apa yang harus anda ketahui adalah soya dari ESP Shaklee membekal 14grm NON GMO Protein Soya yang tidak berbahaya serta sangat berkualiti tinggi yang mengandungi Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.Khasiat Soya ini telah terbukti dan di rasai sendiri oleh kebanyakan ibu -ibu sewaktu hamil.



Whatsapp untuk pesanan Soya ESP Shaklee dan Set Ibu Hamil.
0107628163






6 Langkah Mengurangkan Masalah Sembelit Ibu Hamil


Kenapa Ibu Hamil Selalu Sembelit?





Ini adalah masalah yang paling popular yang sering berlaku di kalangan kaum ibu yang mengandung.

kenapa sebelum mengandung, tiada masalah untuk membuang air besar tetapi sejak beberapa bulan di awal kehamilan, mesti bermasalah unutk membuang air besar.?

Sebenarnya masalah sembelit adalah disebabkan tekanan oleh uterus ibu yang semakin membesar keatas rektum,  serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman.

Sesetengah sumplement yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.

Apa tindakan yang seharusnya di lakukan untuk mengurangkan masalah sembelit.?


  • Displinkan diri untuk membuang air besar setiap awal pagi, bila anda sudah membiasakan perut untuk membuang air besar setiap hari, ini akan menjadi amalan yang mudah.

  • Minum segelas air suam setiap pagi untuk memudahkan anda membuang air besar.

  • Pastikan anda mengambil 8 gelas air masak sehari untuk memudahkan sistem perlawasan.

  • Makan makanan yang tinggi serat , buah -buahan serta sayur - sayuran.

  • Amalkan minum jus prun kerana dipercayai boleh memudahkan membuang najis.

  • Rajin bersenam, seperti berjalan, berenang, berbasikal, membuat Yoga, selain itu ia membuatkan anda lebih sihat dan cergas.

Untuk pengetahuan semua, masalah sembelit tidak berbahaya kepada ibu hamil tetapi ia boleh membuatkan ibu rasa tidak selesa dan berisiko mendapat buasir.

Jadi, segeralah berbuat sesuatu sebelum penyakit lain pula yang menyerang anda.







5 Petua Hilangkan Penat Selepas Kerja

Assalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera.






Siapa yang tak inginkan rehat yang cukup setelah kita penat bekerja, Apatah lagi perkerjaan yang memerlukan anda keluar untuk berjumpa dengan orang ramai. Pasti waktu pulang adalah perkara yang dinanti-nantikan.

Tetapi, bila time dah balik anda berhadapan pula dengan kesesakan lalu lintas yang membuatkan anda lagi bertambah sesak dan akhirnya keletihan akan bertambah membuatkan anda tidak bermaya.

Apa kata selepas pulang anda gunakan petua untuk cergaskan kembali tubuh anda. Jom ikuti petua- petua ini untuk mengekalkan kesihatan anda.

  • Minum Air Limau - Perahkan beberapa biji limau dengan air suam, tapi ingat..hanya dengan air suam diminum tanpa gula, sekiranya ada yang tidak mengemari limau kasturi, gunakan lemon atau limau nipis sebagai altenatif. Amalkan setiap hari, ia bukan sahaja menghilangkan penat bahkan boleh mengempiskan perut anda.

  • Mandi Air Panas - Sediakan air panas dan siram ke tubuh badan anda, tidak perlu kuantiti yang banyak, sedikit sebanyak ia boleh melancarkan aliran darah ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala

  • Bersenam - Luangkan sidikit masa anda untuk bersenam. Sekiranya tidak sempat memadai dengan melakukan kerja-kerja mengemas rumah. Ini kerana  pengeluaran peluh membantu tubuh anda berfungsi dengan lebih baik. Dalam masa yang sama memberi otak anda oksigen setelah seharian berada di pejabat yang berhawa dingin. Ini ladalah satu latihan yang sihat danbaik.

  • Minum Air Teh Hijau - Air teh yang di amalkan oleh masyarakat cina sebenarnya amat baik, air teh yang bewarna hijau tanpa gula. Terdapat banyak antioksidan yang membantu menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula dalam darah.

  • Urutan - Urutan seluruh badan adalah penting untuk tubuh anda. Tetapi jangan di amalkan selalu kerana ada kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh anda. sebaiknya sebulan 2 kali sahaja. Selain melancarkan darah, ia juga amat menyegarkan tubuh anda.
Semoga tips yang dikongsikan tadi boleh membantu anda tenang serta hilang dari keletihan bekerja.






5 Sebab Anak Lambat Bertutur, Ibu Bapa WAJIB Baca!!

Assalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera...



" Anak saya sudah berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Jika bercakap, pun hanya sepatah sahaja. kawan-kawan yang seusia dengannya sudah boleh bercakap lancar....."

Ini adalah luahan hati seorang ibu yang mempunyai masalah ank lambat bertutur. Masalah lambat betutur atau bercakap memang sentiasa menjadi igauan setiap ibu bapa.

Tambahan pula rakan sebaya sudah petah bercakap. mengikut kajian hanya 10 peratus di anggarkan kanak-kanak mengalami gangguan lewat bertutur.

Tahap perkembangan pertuturan anak biasanya seiring dengan peningkatan usianya. Oleh itu, Ibu Bapa perlu memastikan anak anda mempunyai keupayaan bertutur dengan baik pada tahap usianya.

Anak adalah insan yang paling rapat dengan anda, dengan ini mudah untuk anda kenal pasti sesuatu masalah tentang setiap perkembangan mereka.

Sekiranya sudah pasti anak anda bermasalah, berbincanglah dengan pakar untuk membantu meningkatkan keupayaannya dalam pertuturan.

Ada 5 SEBAB yang menyebabkan anak -anak lambat bercakap atau bertutur.

  1.  Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menyebabkan anak kurang bercakap. ia menjadikan anak suka mendiamkan diri.
  2.  Kurang rangsangan melalui permainan berbentuk pendidikan. lazimnya ibu perlu mengenalkan  anak-anak dengan Huruf Abjad dan nombor seperti menyanyi ABC atau mengira, 
  3. Terlalu didedahkan dengan teknologi zaman kini seperti televisyen , smartphone , tablet. permainan game.
  4.  Kecederaan berkaitan dengan saraf neurologi semasa kelahiran pra - matang.
  5. Fizikal yang lemah otot, lidah kejang, struktur mulut tidak normal dan mengalami masalah minda.
( Sekiranya mempunyai masalah seperti no 4 dan 5, segeralah berjumpa dengan pakar anda!!!. )

Seterusnya APA  tindakan dan langkah yang ibu bapa perlu lakukan ? INI PENTING!!
  • Selepas usia satu tahun enam bulan, jika kosa kata anak semakin menurun, anda perlu mencari cara untuk meningkatkan rangsangan untuk perkembangan bahasa anak anda supaya tidak lewat. Sepatutnya usia ini, anak harus tahu dua perkataan yang mempunyai makna, BUKAN babbling iaitu percakapan seperti bayi. Jika masih belum boleh bercakap dengan jelas, anak itu mempunyai masalah dalam pertuturan. Segeralah ye ibu bapa dapatkan nasihat Terapi Pertuturan untuk masalah ini.
  • Juga ibu bapa boleh mengamalkan surah serta doa ini bagi yang beragama islam..


Hanya pada Allah swt. kita memohon sesuatu agar perjalanan serta perkembangan anak-anak kita sentiasa dipermudahkan..INSYAALLAH...Aminnn...

  • Berusaha dengan cara memberi makanan tambahan seperti minyak ikan. Ini kerana minyak ikan mempunyai kandungan DHA yang tinggi. kenapa saya sarankan Minyak ikan ini. Ianya adalah kerana minyak ikan yang bagus serta tahap DHA yang tinggi boleh meningkatkan verbal learning mereka dan tidak mustahil. kanak-kanak yang mengambilnya dari kecil akan lebih petah serta mempuanyi vocabulary yang banyak.
Ini kisah sahabat saya, Dia juga tidak lari dari masalah yang sama tetapi dengan langkah yang bijak tanpa membuang masa serta ia menjimatkan. ini merupakan kesan positif tehadap pengambilan minyak ikan tersebut.



Anda boleh lihat sendiri kelebihan dan kebaikan  MINYAK IKAN TERBAIK dari Shaklee. Juga boleh terus hubungi saya di nombor yang tertera untuk pesanan serta pertanyaan tentang ape jua.

Semoga tips yang diberi memberi manfaat kebaikan untuk anda semua.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee ID : 1003021
SMS/Whatsapp : 0107628163
COD AREA : Subang Suria, Subang Bestari, Kg Melayu Subang, Sg Buloh, Puncak Alam.





Tips dan Rahsia Memilih Jantina Bakal Anak!

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.

Setiap pasangan yang mempunyai impian untuk memilih jantina anak mempunyai beberapa sebab berbuat demikian. Inginkan jantina yang berbeza iaitu perempuan terjadi apabila anda berturut-turut mendapat anak lelaki sahaja. Atas sebab itulah keinginan pasangan membara untuk mendapatkan anak perempuan


Jika kita tinjau sejarah silam iaitu bagaimana mulanya kaedah memilih jantina membuatkan kita faham bahawa kenapa sesuatu amalan kuno itu masih kekal dalam kepercaaan tradisi sesuatu kumpulan masyarakat.

Misalnya selepas seks, untuk mendapatkan anak lelaki, wanita itu digalakkan berbaring mengiring ke kanan dan sebaliknya jika mahukan anak perempuan, atau pn mahu anak perempuan wanita itu makan makanan yang di anggap "sejuk" dan untuk anak lelaki wanita itu akan memakan makanan yang "panas".

Pernah dengar kah amalan orang Cina di abad ke13, merancang anak pada waktu, masa, bulan mengikut kalender Cina tertentu dapat mencapai matlamat memilih anak mengikut jantina pilihan. Namun kaedah ini, menggunakan "Kalender Cina" pernah dikajiselidik sesuatu ketika dahulu oleh Dr. Johan Thambu di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor, didapati tidak tepat.(awal 1990)

Secara saintifik didapati beberapa pendekatan perubahan dapat mempengaruhi kehamilan mengikut jantina pilihan, tetapi keberkesanannya tertakluk kepada pengalaman.

Nak saya ceritakan lagi lebih terperinci tentang kromosom X dan Y??
pasti ramai yang tidak pernah ambil tahu tentang ia.

'Sperma lelaki mengadungi sperma X yang besar yang berdaya tahan dan sperma Y yang aktif dan pendek jangka hayat. Jika sperma Y bercantum dengan telur perempuan (X) akan mengasilkan jantina XY atau lelaki dan Sperma X yang bercantum dengan telur perempuan (X) menghasilkan jantikan XX atau perempaun'.

Penentuan jantina anak mengikut pilihan keluarga boleh tercapai melaui beberapa tips berikut. Jom ikuti tips- tips seterusnya.

1. PENENTUAN OVULASI -Hubungan kelamin dilakukan pada waktu ovulasi berlaku dapat meningkatkan kemungkinan mendapat anak lelaki. Jika dilalukan beberpa hari sebelum ovulasi, kemungkinan jantina lebih kepada anak perempuan.


2. MENGUBAH KEASIDAN ATAU pH SALUR FARAJ-Jika faraj dicuci dengan bahan berasid biologik, hubungan kelamin dilakukan, maka sperma X dapat berthan, Jika kehamilan berlaku, kemungkinan besar berjantina perempuan! Sebaliknya jika faraj dicuci dengan bahan kurang asid seperti cecair 'baking powder'


3. POSISI HUBUNGAN KELAMIN- Jika ejakulasi berlaku dipenghujung faraj, posisi dari belakang kemungkinan lebih banyak sperma Y, utk mendapat ank lelaki. Jika posisi suami di atas dan ejakulasi dipintu faraj, kemungkinan kehamilan jantina perempuan!.


Kaedah dan panduan di atas hanyalah sekadar panduan buat anda dan pasangan, Semoga ianya mendatangka hasil serta merialisasikan impian anda..:)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Anda dan pasangan dah lama menunggu cahaya mata...tapi masih belum dkurniakan lagi. pelbagai cara dan tips telah anda ikuti.?

Jom Follow saya di Villavitabonda atau pm atau Whatsapp. Saya akan bantu anda dan pasangan mengenai masalah anda atau korang nak cepat boleh ikuti  Tips Cepat Hamil dari kami.

Semoga perkongsian Dan tips diatas berguna untuk bakal-bakal Ibu. Untuk mendapatkan supplement terus hubungi talian yg tertera.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163






Anak Menyesal Lambat Cari Penawar Diabetes Akibatnya Kaki Mak Kena Potong.

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

"Masih terngiang- ngiang lagi apabila doktor memberitahu kaki ibu terpaksa dipotong kerana diabetes ibu sudah teruk. Luka di kaki ibu dah membusuk dan berulat. Hati ini terpaksa merelakannya. Ini kerana kalau dibiarkan luka akan lebih teruk dan akan merebak di tempat lain pula."

Ini adalah luahan hati seorang anak. Kalaulah masa boleh diputar semula, si anak tadi pasti mencari penawar diabetes untuk ibu. Namun semuanya sudah terlambat. Kasihan si ibu terlantar sahaja. Sedangkan usia ibu masih muda. Sebelum ini ibu mampu solat, berjalan, bekerja tetapi sekarang ibu hanya mampu duduk dan terbaring sahaja.

Adakah anda ingin biarkan perkara seperti ini berulang kembali dalam hidup anda?atau berlaku pada diri anda sendiri ?.


Takutnya kalau luka dah teruk macamni kan? Kalau dibiarkan akan bertambah teruk. Silap- silap kene potong pula kaki tau.

Sebenarnya masih ada penawar untuk penyakit diabetes ini. Apa penawar itu?



Inilah Vivix penawar pelbagai penyakit termasuk diabetes yang selalu menyerang kebanyakan orang di Malaysia terutamanya yang tidak mengamalkan makanan yg sihat.

Apa manfaat Vivix ini selain boleh menjadi penawar diabetes.?



Apa kata anda lihat sendiri testimoni pengguna Vivix ni?



















Anda nak Beli tonic Ajaib ini? Tapi berapa harga sebotol? Tahukah bahawa sekiranya anda Beli Sebotol Vivix hari ini. Anda akan mendapat keahlian secara percuma.wowwww....ini sememangnya tawaran paling hebat. Harga sebotol Vivix RM 503.50.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini..Until botol - botol seterusnya anda boleh Beli dengan Harga Ahli pula.

Mahal!! Tapi kesannya memang menakjubkan.

Norhayati Ismail
yattisma@gmail.com
0107628163(whatsapp/pm)
Sid no : 1003021

Jadi Ahli sekarang!!! Anda tidak akan rugi.
posted from Bloggeroid

Diabetes Pembunuh Senyap Kepada Wanita Hamil. Anda Wajib Baca!!

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..



Perkara yang amat ditakuti oleh wanita hamil adalah diabetes. Ini kerana diabetes bukan penyakit biasa tetapi dia merupakan pembunuh senyap dikalangan wanita-wanita hamil.

Pernahkan anda semua dengar bayi meninggal di dalam kandungan?. Sememangnya berita itu sangat menyedihkan apabila kandungan berusia trimester ke3 iaitu seusia 8 bulan, bayi dalam kandungan sudah tidak lagi bernyawa sebelum lahirnya kedunia. Lebih menyedihkan kepada si ibu yang mengandungkannya.

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES?
Sesiapa sahaja boleh mendapat diabetes semasa hamil, ibu yang sememangnya menghidap diabetes sangat berisiko tinggi. Namun, wanita lain juga boleh menghidap diabetes walaupun bukan penghidap diabetes sebelumnya. Faktor- faktor yang berkait rapat dengan diabetes adalah :-
1. Sejarah keluarga yang menghidap diabetes.
2. Wanita berusia 35 tahun atau lebih.
3. Berat badan berlebihan.
4. Ada sejarah diabetes kandungan dahulu.
5. Pernah melahirkan bayi yg besar, lebih 4kg
6. Tidak aktif secara fizikal
7. Mengambil banyak makanan berkanji atau tinggi lemak tepu.

Selain dari berlaku kes kematian pada bayi dalam kandungan. Adakah anda sedar bagaimana kejamnya diabetes ini boleh menjejaskan bayi anda?.

Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa hamil ia cenderung mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran. Jika diabetes tidak dikawal, masalah - masalah seperti berikut akan berlaku.
√ Bayi berisiko mengalami kecacatan atau masalah berkaitan jantung, otak dan buah pinggang. Sesetengahnya boleh menyebabkan kematian dalam kandungan seperti yang sy terangkan tadi.
√ Kandungan bayi yang tidak stabil (breech dan sebagainya)
√ Bayi terpaksa dilahirkan pra matang (sebelum 37minggu)
√ Berat bayi melebihi 4kg akan menyukarkan proses kelahiran.
√ Demam Kuning.
√ Hipoglisemia iaitu gula dalam darah yang rendah.

Sememangnya perkara- perkara di atas amat di khuatiri. Anda haruslah mencari jalan untuk membebaskan segala gejala diabetes ini. Anda perlu mengawal paras gula dalam darah dengan melakukan perkara - perkara seperti.;-
√ Mengubah cara pemakanan anda. Amalkan diet khusus yang mengikut pyramid makanan.
√ Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
√ Sentiasa periksa paras gula anda setiap hari.
√ Kurangkan makanan berkanji dan gula yang tinggi.
√ Supplement, ubatan dan suntikan.

Sebelum terjadinya sesuatu yang tidak diingini pada kandungan mahupun bayi anda yang sudah lahir. Anda haruslah mengambil langkah- langkah yang telah di nasihatkan, atau mengikut pakar kesihatan anda.

Saya disini amat berbesar Hati sekiranya puan-puan mengambil langkah mencegah sebelum terkena bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan"



Seperti yang sy katakan tadi, puan boleh mengambil set kehamilan IBU cergas seperti diatas. Ini salah satu cara supaya anda lebih sihat semasa kehamilan anda.

Untuk puan- puan yang merancang ingin hamil tapi ada masalah diabetes. Anda boleh mencegahnya atau merawat dengan tonic ajaib kita.


Sekiranya anda ingin tahu lebih tentang tonic ajaib ini. Berbesar Hati sekiranya anda hubungi Saya di talian berikut.

Nama fb : Norhayati Ismail
Email: yattisma@gmail.com
Sid No : 1003021
Contact No: 0107628163

Sangat dialu-alukan sekiranya Anda mahu jadi Ahli di bawah bimbingan Saya??.
posted from Bloggeroid

Cara Atasi Lingkaran Gelap Bawah Mata Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum semua...dan Salam Sejahtera.

"Majlis akan berlangsung lagi 2 minggu, tapi mata panda ini masih membelenggu hidup Saya. Apa perlu Saya buat? Sempat ke saya nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata ini.?"

Di atas adalah situasi yang biasa di alami oleh bakal pengantin. Apabila melihat Wajah di cermin, mata pasti tertumpu terus pada lingkaran gelap yang melingkari bawah mata. Hari pertunangan semakin hampir tapi lingkaran gelap ini pasti mencacatkan penampilan Wajah.

Oleh sebab sibuk dengan tugasan harian, ditambah pula dengan segala persiapan untuk hari persandingan, pasti lingkaran gelap bawah mata ini akan muncul. Mungkinkah kekurangan tidur menjadi penyebab timbulnya lingkaran gelap ini dan apakah cara penyelesaiannya?




Tahukah Anda punca dan sebab mengapa anda boleh mendapat lingkaran gelap ini.

1. Kebanyakan wanita yang mempunyai lingkaran gelap bawah mata disebabkan baka atau keturunan.
2. Wanita yang tidak mendapat rehat yang cukup mudah mendapat masalah ini. Selain itu, puncanya tidak mendapat tidur yang betul, menghadap komputer dengan terlalu lama.
3. Lingkaran gelap bawah mata ini disebabkan oleh dehidrasi.
4. Menandakan tubuh anda mengalami kelemahan dari segi penyerapan zat besi atau mengalami masalah anemia dan juga resdung.
5. Anda yang menghidapnya mungkin mengalami alahan makanan seperti tenusu, kentang putih, tomato, tembakau, produk gandum, dan juga Coklat.

Apa kata kita Cuba cara ini!

ATASI DENGAN CARA SEMULAJADI

TIMUN merupakan sayur yang sangat berkhasiat dan mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menggunakan jus timun. Jus timun ini boleh membantu mencerahkan bahagian kulit bawah mata yang gelap dan mengurangkan kesan sembab.
UNCANG TEH sejuk antara yang terbaik dan mudah untuk diperaktikkan. Uncang teh yang telah digunakan jangan dibuang begitu sahaja. Selepas digunakan untuk membuat air, simpan uncang tersebut didalam peti ais semalaman. Pada keesokan harinya, ambil uncang itu dan letakkan di sekitar mata selama 15 minit. Khasiat daun teh ini boleh melegakan otot mata yang letih dan menyegarkan kembali kulit di sekitar mata. Tibanya hari bahagia nanti, pasti mata anda cantik berseri dan si dia pasti tertawan.

ATASI DENGAN RAWATAN

Mungkin anda telah kesuntukan masa kerana majlis akan berlangsung tidak lama lagi. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, anda boleh mendapatkan produk pelembap khusus untuk lingkaran gelap bawah mata di farmasi. Vitamin K yang terdapat pada pelembap tersebut akan mengurangkan warna gelap pada bawah mata. Selain menghilangkan kesan gelap tersebut, ia juga membantu memberi kesegaran bawah mata. Ia sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum terlambat.

ATASI DENGAN PRODUK KECANTIKAN

Setelah kesemua cara untuk mengembalikan kesegaran bawah mata anda tidak menjadi, anda boleh cuba dengan cara solekan yang digunakan pada hari persandingan nanti. Cara solekan yang betul boleh menutup kekurangan yang ada pada bawah mata. Produk kecantikan yang sesuai adalah pelembap dan 'consealer'. 'Consealer' yang digunakan mestilah lebih cerah dari kulit anda. Ini dapat memyembunyi lingkaran gelap bawah mata anda itu.

Semoga tips yang di berikan dapat membantu bakal pengantin menyelesaikan masalah lingkaran gelap bawah mata atau kita panggil ia mata panda.

Di sini Saya sangat menyarankan kepada bakal pengantin yang mempunyai masalah seperti diatas dengan menggunakan Enfuselle Eye Treatment. Ia khas utk merawat dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata anda.




Jom baca testimoni pengguna Enfuselle Eye Treatment.




Macamana nak order? Anda boleh contact saya.

Nama fb: Norhayati Ismail
Email: yattisma@gmail.com
Contact no: 0107628163
Sid No: 1003021

Anda ingin Beli dengan harga Ahli?? Kami mengalu-alukan agar anda mendaftar kerana ada banyak lagi keistimewaan yang akan anda perolehi selain harga Ahli.

posted from Bloggeroid

Kenaikan Harga Barang Buat Suri Rumah Runsing Nak Cari Side Income

Assalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera..



Sebelum 1 April 2015 iaitu mulanya tarikh GST dilaksanakan, orang ramai dah mula mengeluh dengan kenaikan harga barang. Tak kira samada barang basah atau kering mahu pn susu dan pampers.( yg last tu buat org yg ada ank kecil macam Saya).

Dengan taraf hidup kita yang semakin tinggi, serta tindakan kerajaan melaksanakan GST, Orang yang bergaji besar mahu pun rendah sedikit sebanyak akan terkesan dengan ekonomi Negara sekarang.

Saya juga tidak terkecuali sememangnya ia amat terkesan lebih-lebih lagi Saya juga tidak bekerja. Bergantung harap pada gaji suami ada ada masanya memang tidak cukup, mana nak beli pampers, susu dan yang lain- lain. Hidup sebagai seorang Suri rumah sepenuh masa betul - betul buat saya runsing untuk cari side income.

Ape nak buat, kita sebagai rakyat ikut sahajalah kehendak kerajaan...ehh tapi nak berdiam diri sahaja kah tanpa berbuat apa-apa untuk naik kan taraf ekonomi sendiri dan keluarga pula?

MACAMANA Suri Rumah Macam Saya Nak Dapat Rm500 Tiap-Tiap Bulan?

Suri rumah tak bergaji, tapi tiap-tiap bulan dapat duit. Siapa yang tak nak kalau tiap-tiap bulan dapat duit walaupn rm500. Ehh ini bukan duit belanja yang suami beri tau..kalau yang itu ia satu bonus lah buat kita, tapi macamana yg suaminya tidak pernah pun nak hulur walaupn seringgit dua.? OK yg itu memang kene bawa berbincang.(itu masalah rumah tangga hihi)

Nak tak kalau Saya ajar macamana nak cari rm500 dalam sebulan.?

Yang penting puan-puan semua ada keinginan yang tinggi untuk mengubah nasib diri dan keluarga demi masa depan anak-anak dan keluarga.

Isteri yang bekerja utk membantu suami tapi masih belum mencukupi, ada sahaja bebanan yang harus ditanggung. Bayar pengasuh anak, kereta, itu belum ada hutang loan atau kad kredit, belum hulur pada orang tua lagi silap - silap langsung tak bagi. Betul tak? tapi dengan income rm500 sebulan, pasti boleh mengurangkan perbelanjaan puan-puan semua.

Saya sebagai sorang Sid, nak sangat membantu suri rumah mahu pun isteri yang bekerja mendapat seperti mana apa yang saya juga dapat tiap-tiap bulan. Bagaimana?? Puan- puan hanya isikan nama dan email puan dikotak  yang saya sediakan di bawah. Saya akan hubungi puan sejurus saya mendapat maklumat puan.

Inginkan tips-tips menarik dan supplement semulajadi yg terbaik, terus setia dgn villavitabonda.

Hubungi sy sekiranya inginkan maklumat yg lebih lanjut mengenai produk- produk shaklee.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163

Nak Beli dengan harga Ahli??? Daftar sekarang!!!.





posted from Bloggeroid

10 Tip Untuk Suami Jadikan Diri Disayangi Isteri

Assalamualaikum semua...



Selepas sahaja sah diijab Kabul, si suami pasti tertanya-tanya bagaimanakah caranya menjadi suami yg sentiasa di sayangi isteri agar mahligai yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Setiap pasangan pasti menaruh harapan yg tinggi terhadap suaminya. Sepuluh tips ini mungkin membantu anda menjadi suami yg disayangi isteri.

1. KOMUNIKASI
Kebiasaannya isteri lebih tertarik kepada suami yang bijak berkomunikasi dan mempunyai daya fikiran yg kreatif.

2. PERIHATIN
Isteri pasti mengagumi suami yg sentiasa bersikap perihatin, walaupun pada perkara yg dianggap remeh dan kecil, namun bagi isteri ia begitu bermakna.

3. MEMAHAMI
Seorang suami yg sentiasa memahami tidak mudah merungut mahupun marah bila ingin mengubah sikap buruk isterinya. Sebaliknya akan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan dan menegur dgn baik segala kekurangan isteri dan lihat dari sudut yg positif.

4. TEGAS
Isteri sangat memerlukan suami yg tegas dan bijak mengambil keputusan, misalnya ketika isteri bingung membuat pilihan, suami haruslah membantunya membuat keputusan.

5. CEKAL
Isteri akan mengagumi suami yg mempunyai semangat juang yg tinggi ketika menghadapi sebarang musibah. Ini kerana suami adalah tempatnya untuk berlindung.

6. BERTIMBANG RASA
Isteri akan menghormati suami yg mempunyai sikap bertimbang rasa, misalnya membantu membukakan pintu untuk si isteri ketika isteri sedang kepenatan pulang dari pasar atau membantu menjinjing barang yg dibelinya.

7. TIDAK MENGONGKONG
Isteri suka dilindungi namun, sebenarnya si isteri tidak suka pergerakannya dikawal sehingga rasa dikongkong,tapi isteri pasti suka bila anda memimpin tangan ketika melintas jalan atau menemaninya berjumpa doktor.

8. MENGHARGAI ISTERI
Penghargaan yg diharapkan bukanlah dengan pemberian hadiah yang mahal-mahal, sebaliknya memadai dengan menelefon atau menghantar sms atau whatsapp kepada isteri dengan melahirkan kata- kata rindu.

9. SIMPATI
Suami yg mudah bersimpati tidak hanya bersikap baik kepada isterinya, tetapi kepada keluarga isteri, teman- teman dan orang sekelilingnya. Malah kebaikan itu juga bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi adalah semula jadi.

10. ROMANTIS
Suami yg romantis dan pandai melayan isteri dengan lemah lembut sering menjadi kebanggaan isteri, apatah lagi suami tidak lokek meberikan hadiah di hari- hari penting seperti ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.

Semoga tips di atas dpt membantu anda menjadi suami yg disayangi isteri dan suami soleh.

Inginkan tips-tips menarik dan supplement semulajadi yg terbaik, terus setia dgn villavitabonda.

Hubungi sy sekiranya inginkan maklumat yg lebih lanjut mengenai produk- produk shaklee.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163

Nak Beli dengan harga Ahli??? Daftar sekarang!!!.

posted from Bloggeroid

7 perkara Suami Wajib Tahu supaya tidak panik bila Isteri Nak Bersalin. Anda Wajib baca ni!!

Assalamualaikun semua...

Saat kelahiran adalah salah satu momen yg paling indah dlm kehidupan pasangan suami dan isteri, kehadiran si suami disisi isteri di saat2 kelahiran memang sangat penting memandangkan sokongan si suami amat diperlukan.

Bagi si suami, anda tidak harus panik kerana ada beberapa tips yg boleh anda ikuti.

7 perkara suami wajib tahu!


1> Sediakan keperluan diri sendiri
Dalam kes tertentu, ada yang perlu menemani isteri apabila isteri terpaksa ditahan wad sebelum bersalin, jadi jangan lupa lengkapkan barangan peribadi di dalam beg khas dan ditempatkan sekali barangan isteri dan anak di dalam but kereta.

2> Tahu apa yang diperlukan isteri
Berbincanglah dengan isteri terlebih dahulu mengenai apa yang dia mahu dan tidak mahu sepanjang berada di dalam bilik bersalin. Anda bertanggungjawap memaklumkan perkara ini kepada doktor, jika isteri anda mungkin mempunyai plan kelahiran, jangan Lupe membawanya apabila tiba masanya nanti.

3> Tahu apa yang harus dijangkakan
Ketika isteri anda sedang alami sakit kontraksi, anda perlu memainkan peranan dengan membantunya mengurangkan rasa sakit yang dialami. Oleh sebab itulah anda digalakkan utk mengikuti kelas antenatal bersama isteri supaya apabila berhadapan dengan situasi sebenar, anda tahu apa yg perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Hal ini kerana, kelas antenatal berkenaan mempunyai maklumat tentang proses kelahiran dan perkara- perkara yg berkaitan dengannya.

4> Alihkan perhatian
Melahirkan anak biasanya mengambil masa yang agak panjang terutamanya bagi yang pertama Kali melaluinya. Kontraksi yg dialami akan membuatkan isteri anda tidak senang duduk. Oleh yg demikian, kenal pasti sesuatu utk membolehkan dia mengalihkan perhatian setiap Kali kesakitan dialami. Cari objek di dalam bilik bersalin atau objek yg dibawa bersama. Peranan utama anda ialah membantu isteri melupakan seketika kesakitan yg dialami dan alihkan perhatian utk sementara waktu, di dalam kelas antenatal anda mungkin mempelajari kaedah menghadapi sakit bersalin mengunakan teknik bertenang dan pernafasan.

5> Orang utama
Walapun terdapat ramai orang lebih berpengalaman disekeliling anda yg boleh membantu, tetapi anda ibarat "tulang belakang" paling penting bagi isteri. Buatlah apa sahaja dan dapatkan apa jua yg dperlukan termasuklah terpaksa berlari ke kafetaria untuk membeli gula-gula atau mengambil segelas air.

6> Bersedia membuat keputusan
Hanya anda dan isteri tahu apa yang anda berdua mahukan. Dalam keadaan tertentu, isteri anda mungkin tidak dapat membuat keputusan apabila situasi memerlukan anda berbuat demikian.

7> Sabar menunggu
Situasi anda mungkin tidak sama seperti didalam drama mahupun filem. Kebanyakan wanita terpaksa menempuh sakit bersalin selama berjam-jam sebelum ke hospital.
Banyak pasangan yg berasa bahawa diri lebih selesa berada di rumah pada peringkat awal proses kelahiran. Malah, kebanyakan hospital menyarankan anda hanya datang ke hospital setelah merasai kesakitan kontraksi setiap 5 minit sekali.

[Info Penting!]
Apabila serviks terbuka 10sm, ia bererti tahap kelahiran bayi sudah sampai ke tahap kedua. Ini menunjukkan bayi sudah bersedia utk keluar. Ketika ini bantu isteri mendapatkan kedudukan yang selesa agar memudahkannya utk meneran.
Bermula saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap Kali berlakunya kontraksi. Inilah waktunya isteri anda memerlukan sokongan padu daripada anda.

Semoga tips di atas membantu si suami lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Suami juga boleh menghadiahkan isteri tersayang set berpantang shaklee agar isteri lebih sihat, ceria dan bertenaga semasa berpantang.



Untuk tahu lebih lanjut boleh terus hubungi sy di nombor yg tertera.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
ID Shaklee : 1003021
Contact no : 0107628163



posted from Bloggeroid

Cara Elak Sembelit Semasa Berpantang bagi Ibu yg dah Serik dan Trauma nak bersalin lagi!!

Assalamualaikum Sahabat semua...

Sembelit?? Selepas sahaja bersalin, perkara pertama yg digeruni adalah membuang air besar, betul tak??.saya rasa ramai ibu-ibu hadapi masalah sembelit semasa berpantang sama seperti saya.

Sebelum saya sharekan cara bagaimana atau tips2 supaya tidak sembelit, Saya juga pernah alami sembelit yg teruk semasa berpantang anak pertama. ketika itu, sy masih tiada pengalaman, saya berpantang seperti biasa namun hari ke 7 berpantang sy sudah berberapa hari tidak membuang air besar, bermulalah pengalaman ngeri sy. duduklah berjam-jam didalam tandas, sampai menangis-nangis. Sampaikan saya terpaksa menyuruh suami membeli ubat pelembut najis untuk melegakan sembelit. Bukan sehari tetapi sembelit saya berlarut hingga seminggu, peritnya hanya Tuhan sahaja yg tahu.

Berpantang untuk Kali ke 2 saya memang amat mengujakan. Alhamdulillah, Sy rasa berasa lega kerana sikit pun sembelit tu tidak datang menganggu emosi sy ketika berpantang.  Luka bersalin memang cepat kering, hari ke 5 dah tak rasa sakit. Saya enjoy Brestfeeding baby sebab badan rasa sihat, bangun pagi rasa ceria. Memang teruja sangat dengan Shaklee effect semasa berpantang.Jom ikuti cara dan tips yg sy amalkan ketika berpantang.

Cara /Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang.
1- Makan Banyak Sayur-Sayuran- Semasa berpantang kita memang digalakkan memakan banyak sayur-sayuran yang kaya dengan serat.TAPI..jgn pula kita makan sayur yg boleh memudaratkan.Kalau tak tahu tanya Mak2 kita, Masa sy berpantang, memang sayur ulam pegaga Wajib ada masa makan tengahari dan malam.(ehh pegaga pn leh bykkan susu tau ) Selain itu carrot dan sawi pn boleh makan.

2-Makan Buah Oren Sunkist- Makanlah buah oren setiap hari, sebab buah-buahan yg kaya dengan serat memang membantu untuk melawaskan, tapi korang jangan lah makan banyak-banyak kalau kita ok takut nanti baby kita pulak yang sakit perut. Macam sy memang suka makan buah Oren atau Epal.

3-Minum Air Masak- Air memang sangat penting untuk badan kita, kalau boleh minum air masak secukupnya, orang tua2 kata "Jangan Minum Air Banyak2 ketika Berpantang " Tapi bagi saya kalau tak minum air masak yg banyak, pengeluaran susu juga akan terganggu. Jadi sembelit pn mesti akan datang.

4-Segera Ke Tandas- Jangan berlengah ketika perasaan hendak ke tandas itu datang. biarlah kita duduk lama sedikit berbanding kita duduk lama tapi menahan kesakitan akibat sembelit.

5-Makan Supplement-Para ibu yang ingin mengambil sebarang supplement bagi membantu mengurangkan sakit sembelit, saya amat menggalakan ibu mengambil supplement yg mengandungi Magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee. Magnesium di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan. OSTEMATRIX, mengandungi Kalsium dan sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.

Ini lah sebahagian dari tips yg boleh saya kongsikan untuk ibu yang mengalami sembelit teruk, pastikan selepas ini ibu tidak lagi trauma nak berpantang!

sebelum itu, jom kita ikuti kisah Puan Khadeejah Hasmad menceritakn ttg pengalaman ngeri beliau akibat sembelit yang teruk.




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Untuk pengetahuan ibu2 Ostematrix ini juga terdapat dalam pakej Set Berpantang Shaklee.

Jom Share kan pengalaman berpantang ibu -ibu dia ruang komen ..:)

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163

Cara menyimpan makanan bayi utk ibu yang tak sempat nak masak hari-hari.

Assalamualaikum semua....

Sejak-sejak si Adik dah 6bulan lebih nie, maklumlah dah mula nak mkan solid food kan.kalau dah jadi ibu kenalah rajin selalu, kalau dalam hati dah ada kata MALAS jawapannya kesianlah si Anak sbb hari-hari kena makan Nestum. Bukan lah nak kata makanan itu tidak berkhasiat tetapi sebagai ibu saya memang amat menitik beratkan makanan yg berkhasiat dan bersih.

Mr Google memang kawan saya sejak akhir-akhir ni, dan sebenarnya info-info yang ada di internet memang sangat berguna.Saya juga merupakan seorang ibu yang bekerja,yang tiada masa untuk masak hari-hari. kebiasaannya memang hari minggu sahaja ada masa untuk masak untuk anak-anak dan akan buat frozen food mereka untuk seminggu, jadinya setiap pagi akan saya bawa sebekas frozen food bersama EBM ke rumah pengasuh. Ohh ye..jangan lupe letak tarikh pada setiap container mcm EBM jugak.



contoh makanan bayi yang telah siap disimpan dalam food container dan sedia untuk difrozenkan.

Berikut adalah bagaimana cara menyimpan makanan bayi dengan selamat.



Menggunakan Ice Cube Tray atau Freezer Bag.Pastikan Ice Cube tray anda bersih dan harus diseteril kan terlebih dahulu sebelum mengisi makanan. Seeloknya gunakan Ice cube tray yang bertutup.
Penggunaan Ice-Cube Tray atau Freezer Bag ini dapat memberikan beberapa kelebihan seperti:-

  • Setiap cube/bekas dpt menyimpan kuantiti makanan sebanyak 1oz.Kebanyakan Ice Cube bersaiz 2oz hingga ke 4oz
  • Mengelakkan pembaziran makanan sebab kita boleh gunakan satu cube untuk sekali makan.
  • Menjimatkan masa yang digunakan untuk menghasilkan makanan bayi

Sama la mcm konsep EBM.Cara ini juga membantu kita supaya ingat jangka lama makanan bayi yang disimpan.


Ikuti pula cara-cara berikut untuk memastikan makanan bayi anda disimpan dengan selamat tanpa sebarang cemaran.



1. Jika anda menyediakan makanan bayi dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan, sejukkannya dengan segera dan simpan dalam peti sejuk. Sejuk bekukan mana-mana makanan yang tidak akan diguna dalam masa 24 jam
2. Jika bayi anda tidak habis makan, buang sisa makanan tersebut. Makanan yang telah terkena air liur mengandungi bakteria yang akan berganda jika disimpan.
3. Semak tarikh luput makanan. Jika ada lebihan makanan dalam botol yang telah dibuka, anda boleh simpan dalam peti sejuk selama 24 jam. Walau bagaimanapun, buang lebihan makanan yang telahpun dipanaskan sekali, serta botol di mana makanan di dalamnya telah disuap kepada bayi anda.

4. Periksa suhu peti sejuk anda. Ia sepatutnya berada di antara kosong dan lima darjah Celcius. Belilah termometer peti sejuk jika anda belum mempunyainya.

Sumber : babycentre 

Minggu lepas saya dah buat stok seminggu bubur nasi+kurma, minggu nie pumpkin puree lagi. antara puree paling digemari si Adik. Semoga tips di atas boleh membantu ibu-ibu.
Jom share resepi puree ibu-ibu, atau ingin mendapat tau tentang produk-produk Shaklee boleh hubungi saya.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163


 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up